Selamat Datang Ke Homestay Melaka
Murah, selesa dan berbaloi
Mesti Baca
- Kelima-lima homestay ini hanya untuk MUSLIM sahaja.
Homestay Durian Tunggal (Kampung Beringin, Durian Tunggal)
Homestay Durian 1 : RM180 / mlm
Homestay Durian 2 : RM180 / mlm
Homestay Durian 3 : RM180 / mlm
Homestay Durian 4 (Bilik sahaja) : RM 100 / mlm
Homestay Durian 5 (Bilik sahaja) : RM 100 / mlm
Langkah-langkah Tempahan
***Untuk Homestay bilik (Durian 4 / Durian 5) sahaja memerlukan tetamu membuat bayaran penuh (RM100) semasa booking.
Sekian Terima Kasih.
Kadar Semalaman Tetap - RM180 (Homestay Rumah) dan RM100 (Homestay Bilik) Kadar harian yang tetap walau pada hari bekerja, musim cuti sekolah mahupun cuti umum. Harga yang ditawarkan juga adalah murah dengan lokasi yang strategik. | Homestay yang Bersih & Selesa Semua cadar & tuala mandi akan dibasuh dan digantikan yang baru setelah setiap kali tetamu homestay check-out. Kawasan laman yang luas dan terdapat pondok gazebo untuk tetamu bersantai. |
Mempunyai Privasi Keadaan homestay yang mempunyai parking berbumbung dan pagar di sekelilingnya menjadi homestay berprivasi. | Kemudahan Memasak Anda suka memasak? Pihak kami juga menyediakan kemudahan memasak spt. dapur, gas, kuali, periuk, cawan, pinggan mangkuk, cerek dan periuk nasi elektrik, peti sejuk dll.*Hanya untuk homestay rumah sahaja (Durian 1 / Durian 2 / Durian 3) |
1. Taman Buaya
Taman Buaya ini adalah yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 100 spesis buaya dipelihara di sini termasuk buaya Albino dan buaya bonggol belakang. Lanskap di sini diperbuat khas untuk mewujudkan suasana semulajadi untuk reptilia ini.
2.Taman Rama-rama
Salah sebuah taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif di dunia, menempatkan lebih daripada 200 spesis tempatan termasuk yang sukar didapati seperti 'Raja Brooke' dan 'Birdwing'. Terdapat juga lebih daripada 400 spesimen serangga.
3. Zoo Melaka
Tebih daripada 44 spesis haiwan yang terdapat di seluruh Asia Tenggara dan Afrika ditempatkan di sini mengikut habitat asal masing-masing. Dikategorikan sebagai salah sebuah zoo terbaik di Malaysia, ia adalah tempat menarik untuk anda mengenali segala kehidupan rimba.
4.Tasik Ayer Keroh
Sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti berkayak atau berperahu. Lengkap dengan segala kemudahan untuk sekeluarga bersantai dan berehat dalam suasana yang harmoni dan sekitar yang permai.
5.Kolam Air Panas Gadek
Terkenal sebagai tempat mandian kesihatan di kalangan para pelancong dari seluruh dunia yang mencari kaedah perubatan semulajadi untuk pelbagai penyakit kulit. Selain itu, kedai-kedai kraftangan tempatan dan taman permainan turut menjadi tarikan tambahan untuk para pelancong ke sini. Sangat sesuai untuk sekeluarga bersantai.
6. Cape Rachado
Bagaikan syurga bagi para pemerhati burung. Kawasan ini merupakan kawasan tanah rendah yang menjadi tempat penghijrahan burung-burung yang terletak antara kawasan kehijauan dan ketenangan hutan tanah tinggi dan kebiruan teluk dan pantai yang indah serta bersih. Di sini juga terdapat rumah api tertua di Malaysia yang telah dibina oleh orang-orang Belanda pada tahun 1817. Dipercayai bahawa makan Parameswara terletak di kawasan ini.
Selain itu anda juga boleh menjumpai beberapa tanda legenda dan mempesonakan seperti tapak kaki H ang Tuan dan batu yang dikenali sebagai 'Batu Gajah'. Dipercayai bahawa batu ini pernah menjadi tempat rehat Hang Tuah. Tidak jauh dari rumah api, terdapat juga sebuah makam lama yang tidak dikenali.
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat melihat 'anak bulan' mengikut hukum rukyah dalam menentukan bulan Ramadhan dan bulan Syawal untuk sambutan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Islam.
7.Hutan Rekreasi Ayer Keroh
Kawasan hutan tropika yang penuh ketenangan semulajadi untuk diterokai. Kawasan hutan yang tidak tercemar dan terpelihara untuk membolehkan para pelancong merasai dan mengalami sendiri suasana rimba yang asli. Kebanyakan pokok ditanda dengan nama masing-masing untuk kemudahan para pelancong mengenali spesis flora dan fauna Malaysia. Kawasan ini juga sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti merentas hutan, berjalan kaki, berjogging dan berbasikal. Terdapat laluan yang telah ditandakan.