Selamat Datang Ke Homestay Melaka

Murah, selesa dan berbaloi

Homestay Melaka

Tempat-tempat bersejarah

  1. A' Famosa

Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu menakluki Melaka pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan mungkin merupakan subjek yang paling banyak diambil gambar selain daripada Stadhuys. Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808, sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan, iaitu dinding pintu masuk, A'Famosa yang kekal hingga ke hari ini.

 

2.Stadthuys

Dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya, bangunan besar yang melambangkan senibina Belanda. Bangunan ini dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya dan kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Antara baran pameran setiap hari ialah pakaian pengantin tradisi dan barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka.

 

3.Bukit Cina

Sebagaimana namanya, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan Cina yang tiba di Melaka bersama Puteri Hang Li Poh. Beliau dihantar ke Melaka oelh Maharaja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan sebagai mengeratkan hubungan diplomatic sehinggalah penjajahan British pada tahun 1511. Hari ini Bukit China menempatkan tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri China iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan dinasti Ming.

 

4.Perigi Hang Li Poh (Perigi Raja)

Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.

 

5. Perigi Hang Tuah

Terletak di Kampung Duyong, di mana Hang Tuah membesar bersama empat orang sahabatnya yang kemudian telah menjadi hulubalang Melaka. Perigi ini dikatakan menjadi tempat kediaman roh beliau yang menjelma sebagai buaya putih. Bagi orang biasa untuk melihat kelibat jelmaan itu adalah mustahil. Dipercayai hanya mereka yang berhati suci dan warak sahaja berpeluang melihatnya.

 

6. Kota St. John

Dibina semula oleh orang-orang Belanda dalam kurun ke-18, yang pada asalnya merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St. John. Kota ini mempunyai rekaan yang menarik iaitu meriam yang diletakkan menghadap kawasan pedalaman kerana di waktu itu, serangan ke atas Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.

 

7. Kota Belanda

Kota ini dibina pada tahun 1757 yang terletak kira-kira 49km dari bandar Melaka dalam perjalanan menuju Port Dickson. Kota ini berdiri teguh di atas kawasan tinggi dikenali sebagai Bukit Supai.

Orang-orang Bugis dan angkatan Belanda membina kota pertahanan di atas Bukit Supai sebagai lambang berdamai untuk peperangan yang berlaku pada tahun 1756-1757. Ia kemudiannya dikenali sebagai "Kota Filipina" mengikut nama seorang anak perempuan pegawai Belanda ketika itu.

Pada 1 Januari, 1758, perjanjian damai telah ditandatangani di sini. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan timah.

Kota Belanda ini berbentuk empat segi menggunakan batu-bata merah dan dikelilingi oleh paya di luar kota. Setiap sudut berbentuk separuh bulatan yang diletakkan meriam. Kota ini mempunyai dua pintu masuk.

 

8.Makam Tun Teja

Anak perempuan Bendahara Pahang, Sri Amar Diraja telah terpedaya dengan Hang Tuah dan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah. Beliau mangkat sebagai permaisuri di Merlimau kira-kira 24km dari bandar Melaka, sewaktu berundur bersama keluarga diraja dari serangan Portugis pada tahun 1511.

 

9. Makam Hang Jebat

Juara dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi. Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah dalam pertempuran selama tiga hari tiga malam. Beliau mengamuk selepas cedera ditikam oleh keris Hang Tuah, 'Taming Sari'. Hang Jebat dianggap menderhaka oleh Sultan dan Hang Tuah walaupun demi menuntut bela Hang Tuah yang telah dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya. Pertempuran antara Hang Tuah dan Hang Jebat telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban masyarakat Melayu.

Persoalan yang terus diperbincangkan ialah penentangan Hang Jebat kepada kesultanan Melaka, satu tindakan yang melampaui zamannya dan kesetiaan Hang Tuah yang tidak pernah berbelah bagi ke atas sultannya. Kata-kata Hang Jebat yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah "Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah".

 

10. Makam Hang Tuah

Makam yang dihias untuk mengenang Laksamana Melaka yang telah berjaya mempertahankan Melaka dari segala serangan Siam dan Acheh serta mengangkat kedaulatan Melaka sebagai sebuah negara yang disegani. Keberanian, ketangkasan dan kebijaksanaan Hang Tuah menjadikan beliau seorang legenda yang disanjungi dan dihormati dalam sejarah Melaka.

Keberanian Hang Tuah dilihat sewaktu zaman remajanya apabila beliau seorang diri berjaya menahan seorang lelaki yang sedang mengamuk di Kampung Duyong. Ketangkasannya telah menarik perhatian Sultan dan dikurniakan jawatan hulubalang, beliau adalah hulubalang yang termuda sekali. Kata-kata Hang Tuah yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia."

 

11.Makam Hang Kasturi

Hang Kasturi adalah seguru dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu dalam mempelajari ilmu persilatan. Beliau menjadi hulubalang bersama-sama dengan Hang Tuan dan para sahabatnya. Selain Hang Jebat, Hang Kasturi dan sahabat yang lain terus setia kepada Sultan hingga ke akhir hayat.

 

12. Makam Dol Said

Pemerintah kesembilan Naning yang telah memberontak dan menentang British dalam mempertahankan daerahnya dari dikenakan cukai. Perang Naning pada tahun 1834 telah membuktikan bahawa beliau seorang yang berani dan ini menjadikan beliau seorang yang dikagumi dan dihormati dalam sejarah Melaka.

 

13.Tanah Perkuburan Belanda

Tanah perkuburan ini pertama kali digunakan pada suku ketiga kurun ke-17. Hingga sekarang terdapat kubur 5 orang Belanda dan 33 kubur orang Inggeris. Tanah perkuburan ini digunakan dalam dua peringkat iaitu antara tahun 1670-1682 dan diubah antara tahun 1818-1838 apabila pihak British mengambil-alih Melaka pada tahun 1795, apabila mereka menggunakan bukit St. Paul sebagai tanah perkuburan, hanya pada tahun 1818 barulah mereka menggunakan tanah perkuburan ini.

Kapten John Kidd adalah orang pertama yang ditanam di sini manakala isteri seorang pegawai British adalah orang terakhir iaitu pada tahun 1838. Kebanyakan orang Inggeris yang ditanam di sini adalah pegawai pusat. Tetapi terdapat juga beberapa orang isteri tentera yang ditanam di sini. Tanah perkuburan ini menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya kubur dua orang pegawai tentera British yang mati ketika perang Naning. Tanah perkuburan ini telah digazetkan di bawah Akta Antikuiti 1976.

 

14.Tanah Perkuburan British

Tentera British yang terkorban ketika perang Naning (1831 -1832) menentang Dol Said dan pengikut-pengikutnya. Mereka dikebumikan di sini sebagai menghormati perjuangan mereka.

 

***Sumber maklumat ini diperolehi daripada laman sesawang berikut --> http://www.melakacom.net


Status Tempahan

Thu Dec 14 @ 2:00PM - 12:00AM
Fazrul-Homestay Batu Berendam
Fri Dec 15 @ 2:00PM - 12:00AM
Sakinah-Homestay Bukit Katil
Fri Dec 15 @ 2:00PM - 12:00AM
Fazrul-Homestay Batu Berendam
Sat Dec 16 @ 2:00PM - 12:00AM
Sakinah-Homestay Bukit Katil
Sun Dec 17 @ 2:00PM -
Nurul - Homestay Batu Berendam
Thu Dec 21 @ 2:00PM -
Mariam - Homestay bukit katil
Fri Dec 22 @ 2:00PM -
Yaakob - Homestay Bukit Katil
Fri Dec 22 @ 2:00PM - 12:00AM
Hani - Homestay Batu Berendam
Sat Dec 23 @ 2:00PM -
Nurul - Homestay Bukit Katil
Sat Dec 23 @ 2:00PM - 12:00AM
Hani - Homestay Batu Berendam

Like Us



RedONE Postpaid

Online Visitor