Tempat-tempat Rekreasi

1. Taman Buaya

Taman Buaya ini adalah yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 100 spesis buaya dipelihara di sini termasuk buaya Albino dan buaya bonggol belakang. Lanskap di sini diperbuat khas untuk mewujudkan suasana semulajadi untuk reptilia ini.

 

2.Taman Rama-rama

Salah sebuah taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif di dunia, menempatkan lebih daripada 200 spesis tempatan termasuk yang sukar didapati seperti 'Raja Brooke' dan 'Birdwing'. Terdapat juga lebih daripada 400 spesimen serangga.

 

3. Zoo Melaka

Tebih daripada 44 spesis haiwan yang terdapat di seluruh Asia Tenggara dan Afrika ditempatkan di sini mengikut habitat asal masing-masing. Dikategorikan sebagai salah sebuah zoo terbaik di Malaysia, ia adalah tempat menarik untuk anda mengenali segala kehidupan rimba.

 

4.Tasik Ayer Keroh

Sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti berkayak atau berperahu. Lengkap dengan segala kemudahan untuk sekeluarga bersantai dan berehat dalam suasana yang harmoni dan sekitar yang permai.

 

5.Kolam Air Panas Gadek

Terkenal sebagai tempat mandian kesihatan di kalangan para pelancong dari seluruh dunia yang mencari kaedah perubatan semulajadi untuk pelbagai penyakit kulit. Selain itu, kedai-kedai kraftangan tempatan dan taman permainan turut menjadi tarikan tambahan untuk para pelancong ke sini. Sangat sesuai untuk sekeluarga bersantai.

 

6. Cape Rachado

Bagaikan syurga bagi para pemerhati burung. Kawasan ini merupakan kawasan tanah rendah yang menjadi tempat penghijrahan burung-burung yang terletak antara kawasan kehijauan dan ketenangan hutan tanah tinggi dan kebiruan teluk dan pantai yang indah serta bersih. Di sini juga terdapat rumah api tertua di Malaysia yang telah dibina oleh orang-orang Belanda pada tahun 1817. Dipercayai bahawa makan Parameswara terletak di kawasan ini.

Selain itu anda juga boleh menjumpai beberapa tanda legenda dan mempesonakan seperti tapak kaki H ang Tuan dan batu yang dikenali sebagai 'Batu Gajah'. Dipercayai bahawa batu ini pernah menjadi tempat rehat Hang Tuah. Tidak jauh dari rumah api, terdapat juga sebuah makam lama yang tidak dikenali.

Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat melihat 'anak bulan' mengikut hukum rukyah dalam menentukan bulan Ramadhan dan bulan Syawal untuk sambutan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Islam.

 

7.Hutan Rekreasi Ayer Keroh

Kawasan hutan tropika yang penuh ketenangan semulajadi untuk diterokai. Kawasan hutan yang tidak tercemar dan terpelihara untuk membolehkan para pelancong merasai dan mengalami sendiri suasana rimba yang asli. Kebanyakan pokok ditanda dengan nama masing-masing untuk kemudahan para pelancong mengenali spesis flora dan fauna Malaysia. Kawasan ini juga sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti merentas hutan, berjalan kaki, berjogging dan berbasikal. Terdapat laluan yang telah ditandakan.