Kenapa Pilih Homestaymurah.com?

Kawasan Strategik

Berada di tengah antara pusat bandar (tempat bersejarah) dengan Ayer Keroh (tempat rekreasi) menjadikan ketiga-tiga homestay adalah pilihan tetamu.

Mempunyai Privasi

Keadaan homestay yang mempunyai parking berbumbung dan tembok batu di sekelilingnya menjadi homestay berprivasi.

Kadar Semalaman Tetap

Kadar harian yang tetap walau pada hari bekerja, musim cuti sekolah mahupun cuti umum. Harga yang ditawarkan jugaadalah murah dengan lokasi yang strategik.

Homestay yang Bersih & Selesa

Pihak kami amat menitikberatkan kebersihan di mana semua cadar & tuala mandi akan dibasuh dan digantikan yang baru setelah setiap kali tetamu homestay check-out.

Kemudahan Prasarana

Anda tiada masa untuk memasak? Jangan bimbang sebab kedua-dua homestay berdekatan kedai makan. Jika anda memilih untuk memasak, kedai runcit juga berhampiran anda.

Kemudahan Memasak

Anda suka memasak? Pihak kami juga menyediakan kemudahan memasak spt. dapur, gas, kuali, periuk, cawan, pinggan mangkuk, cerek dan periuk nasi elektrik, peti sejuk dll.